SELEPAS dituduh tidak cakna dengan isu Palestin yang kini sudah dibedil Israel hingga ke Rafah, Ning Baizura ada tampil memberikan penjelasan mengenai tindak balas spontannya.
Dalam hantaran tersebut penyanyi Awan Yang Terpilu itu berharap agar semua orang menyebarkan kebaikan dan kesedaran bukannya kebencian.
Namun, masih ada yang melontarkan kecaman kerana beranggapan perkataan diluahkan ‘Who’s Rafah’ itu adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.
Enggan berterusan menjadi mangsa buli siber, penyanyi berusia 48 tahun itu mahu padam semua komen berbaur hinaan dan kebencian dalam akaunnya.
Pandangan tersebut dipersetujui rakan seperjuangannya, Jeslina Hashim yang melakukan perkara sama apabila menerima komen jahat. Katanya, hapuskan sahaja kata-kata negatif kerana orang seperti itu kurang bijak. Amboi! Harap Jeslina pun bijak pilih bikini cap apa nak pakai lepas ni.
Mizz Lahar: Seorang artis kantoi guna akaun palsu kutuk kawan sendiri.