[VIDEO] ‘Saya dianggap penceroboh kalau ambil anak di rumah dia’

SAYA dah tak larat, terlalu rindukan anak.”

Demikian luahan penyampai radio, Fizi Ali yang menitiskan air mata usai sebutan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi gara-gara dua bulan tidak berjumpa dengan anak tersayang, Ameena Sofia.

Fizi atau nama sebenarnya, Mohd. Hafizudin Alimudin, 37, berkata, dia sudah tidak mampu berdepan kemelut tidak berkesudahan melibatkan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

“Kalau ikut saya, hari ini nak selesaikan semuanya sebab dah tak larat dengan semua ini.

Saya sangat rindukan anak saya. Hampir dua bulan tak jumpa Ameena. Saya rasa ini tempoh paling lama saya tak jumpa anak,” jelasnya dalam keadaan teresak-esak mengenang anaknya yang lama tidak ditemuinya.

Ditanya tentang kesediaan berkunjung ke rumah Shakilla demi bertemu Ameena, jawab Fizi: “Saya tahu lokasi dia semua tapi negara ini ada undang-undang.

“Saya boleh pergi ke sana dan didakwa sebagai penceroboh. Saya rasa itu tak perlu berlaku.

“Benda ini boleh berbincang secara aman tapi kalau memang nak cara begini, okeylah saya tiada masalah.”

Katanya lagi, kasih sayangnya terhadap satu-satunya anak dengan bekas isteri tidak berbelah bahagi meskipun kini sudah berkahwin dengan Siti Zulaikha.

Saya memang sayang sangat Ameena. Sangat-sangat.

“Jadi, saya tak kisah orang nak cakap apa. Yang saya tahu sekarang ini, saya cuma nak hak sama dengan anak saya,” katanya.

Bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, kerana Shakilla enggan membenarkan dia bertemu anak mereka.

Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Nur Ameena Sofia, 5. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok