Daniel Henney kini suami orang

MENGEJUTKAN! Pelakon Daniel Henney memaklumkan sudah berkahwin dengan aktres antarabangsa, Ru Kumagai.

Berita tersebut disampaikan pihak agensinya iaitu Echo Global Group dalam satu kenyataan ringkas.

Mereka turut menjelaskan, perhubungan pasangan selebriti itu bermula sejak spekulasi percintaan tersebar pada April 2018.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Daniel Henney sudah berkahwin. Pasangannya ialah Ru Kumagai iaitu seorang aktres dan model Asia-Amerika.

“Memang benar sebelum ini mereka terlibat dalam gosip percintaan tetapi ketika itu mereka berdua hanya berkawan rapat.

“Selepas gosip bertebaran, mereka mula mengenali hati budi masing-masing dan akhirnya bercinta,” ujar kenyataan terbabit.

Mereka juga meminta peminat tidak mencampuri kehidupan peribadi pasangan itu, selain memohon maaf mengenai kelewatan menyampaikan khabar gembira tersebut.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok