Jeon So-min mantan kekasih penyanyi popular

SECARA tiba-tiba, aktres juga peserta Running Man, Jeon So-min mendedahkan kisah lampaunya yang pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang penyanyi popular.

Tanpa mendedahkan identiti bekas kekasihnya, So-min secara bersahaja mengakui hubungan tersebut berlangsung ketika dia masih menuntut di sebuah kolej.

Mendengar pengakuan So-min, peserta Running Man lain iaitu Yang Se-chan dan Kim Jong-kook sudah dapat menjangka dengan tepat individu dimaksudkan So-min.

Namun, ahli lain masih tertanya-tanya gerangan individu yang pernah bercinta dengan pelakon berusia 37 tahun itu. Sampai sekarang selebriti popular itu masih merahsiakan identiti bekas kekasihnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok