11
KANAK-KANAK dan cerita kartun memang sukar dipisahkan tetapi berbeza pula buat anak perempuan Nur Fazura dan Fattah Amin kerana meminati filem seram.
Perkara itu didedahkan Fazura dalam siaran langsungnya baru-baru ini yang memberitahu Nur Fatima Aisya memang suka menonton filem seram dan hantu.
“Fatima suka tengok cerita hantu, pocong dan kuntilanak.
Hobi dia memang suka tengok filem seram. Dia juga menonton filem lakonan saya, Dendam Pontianak,” kongsinya.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai memuji keberanian Fatima yang berusia empat tahun itu kerana meminati filem seram yang selalunya menjadi bahan tontonan orang dewasa.
Beraninya Fatima.
“Dia tak takut ke? Anak saya yang sama umur dengan Fatima pun takut hantu,” kata netizen. – HIBGLAM