Cristiano Ronaldo cuba ‘karier’ baharu, pecah rekod YouTube

Pemain bola sepak ternama dunia, Christiano Ronaldo memecahkan rekod dunia apabila akaun YouTubenya berjaya mengumpul 1 juta pengikut dalam tempoh 90 minit.

Bukan itu sahaja, kurang dari tempoh 24 jam, saluran YouTube Ronaldo kini diikuti lebih 16 juta pengikut atau subscribers.

Platform baharu Ronaldo itu dibuat untuk memberikan peminat gambaran sekilas mengenai kehidupan yang dijalaninya bersama pasangannya, Georgina Rodriguez.

Dalam salah satu video mereka, pasangan itu mendedahkan beberapa rahsia mereka dalam permainan Mr. and Mrs.

Ronaldo juga berkongsi beberapa minatnya dalam video lain, dan memberikan pandangannya tentang NFL lawan NBA, tinju lawan UFC dan Rafael Nadal lawan Novak Djokovic.

Menerusi Instagram, pemenang lima kali Ballon D’Or berusia 39 tahun itu berkongsi kegembiraan di samping keluarga apabila menerima Plak atau Anugerah Pencipta Emas daripada YouTube.

Hadiah untuk keluarga saya. Terima kasih untuk semua pada subscribers,” coretnya menerusi Instagram.

Untuk rekod, Ronaldo merupakan individu paling popular di dunia dengan 112.5 juta pengikut di platform X, 170 juta di Facebook dan 636 juta di Instagram. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok