Shuib ‘campak belakang’ umrah Siti Sarah

RAMAI menitiskan air mata, itu yang berlaku selepas Shuib memuat naik video memaparkan detik menunaikan ibadah umrah bersama Allahyarham Siti Sarah sebelum ini.

Berkongsi dalam platform TikTok sehingga mencecah 1.5 juta tontonan, video tersebut memaparkan memori manis Allahyarham mengurut kaki dan berbual bersama Shuib.

“Salam Aidiladha Siti Sarah Raisudin. Al- fatihah,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut mengundang sebak ramai bahkan ada yang meluahkan rasa rindu terhadap penyanyi itu.

“Rasa sayu dan sedih sangat menonton video ini. Semoga rohnya berada bersama orang yang soleh.

“Sarah, kami rindu awak. Al-Fatihah buat bidadari syurga Siti Sarah.

“Terima kasih Shuib muat naik video ini, terubat rindu terhadap arwah,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok