Comelnya anak dara Bella Astillah menari

JIKA sebelum ini anak lelaki Bella Astillah dan Aliff Aziz iaitu Ayden Adrean tunjuk bakat menyanyi, kali ini giliran adiknya, Ara Adreanna pula tayang kelebihan diri.

Bukan menyanyi sebaliknya Aara dipuji kerana lincah menari dan bakat itu ditunjukkannya ketika ibunya membuat siaran langsung TikTok baru-baru ini.

Lucunya, Ara menari tanpa muzik dan memang lincah!

Gelagat comelnya membuatkan netizen tidak berhenti memuji dan terhibur.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan Ara seperti Bella yang aktif menyanyi dan menari ketika zaman kanak-kanaknya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok