Cinta Sharifah Rose, Aniq Durar terhalang?

KERINDUAN peminat untuk menonton lakonan Sharifah Rose akhirnya terubat apabila muncul dengan drama terbaharu berjudul Dua Darjat.

Menerusi drama yang yang rancak ditayangkan dalam slot Akasia itu, Rose digandingkan dengan hero baharu iaitu Aniq Durar selain beberapa pelakon lain seperti Yasmin Hani, Sharifah Zarina dan Zarul Umbrella.

Dua Darjat mengisahkan Ariana lakonan Rose yang menyimpan perasaan terhadap rakan sekelasnya, Hanif (Aniq).

Namun, hubungan tersebut mendapat tentangan keluarga Ariana selain ibu tirinya, Lily (Yasmin) mendakwa mereka mempunyai pertalian darah iaitu bapa yang sama.

Drama tersebut turut tular dalam TikTok malah ada yang berpendapat Aniq berbakat besar dan berpotensi untuk menjadi hero pelapis industri seni tanah air. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok