Power betul lakonan Puteri Balqis!

PENONTON larut dalam emosi penonton. Itu antara pujian yang diberikan orang ramai terhadap drama Terlanjur Cinta arahan Izuan Mokhtar.

Mula ditayangkan sejak pertengahan Mac lalu, drama lakonan hebat seperti Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Datin Seri Umie Aida dan Khir Rahman itu ternyata berjaya meruntun jiwa penonton.

Penjiwaan yang diberikan Puteri Balqis yang memegang watak Aishah dan sanggup berkahwin dengan lelaki berusia demi menyelamatkan keluarganya dalam drama terbitan Viu Malaysia ini sememangnya tiada tandingnya.

Kebanyakan yang menonton drama tersebut juga memiliki pendapat yang sama, malah turut memuji lakonan Umie Aida dan Syafiq Kyle.

Baru tengok episod dua, sudah berjurai air mata. Gila betul lakonan Puteri Balqis.

“Tak sangka drama berkualiti sebegini masih wujud. Tolong hasilkan lebih banyak karya hebat begini ya,” komen netizen.

Dalam masa sama, kemunculan Sharifah Sakinah sebagai bekas perempuan simpanan dalam episod terbaharu turut meriah pujian ramai sehingga tular dalam media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok