Baju kelawar ‘laku keras’ sebab Adira

NAMPAKNYA persembahan Adira Suhaimi pada konsert Famili Duo minggu lalu masih menjadi sebutan ramai dalam media sosial.

Paling mencuri tumpuan ramai pastinya baju kelawar yang dipakai Adira pada persembahan tersebut.

Menerusi persembahan menyanyikan lagu rock, Tiada Tangis Lagi dan Hukum Karma, Adira dan Emma dijulang sebagai juara mingguan serta membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.

Kata netizen, ketika peserta lain sibuk bergaya anggun dan kacak dengan busana masing-masing, Adira ‘selamba’ berbaju kelawar corak batik berwarna ungu pada malam tersebut.

Bagus Adira tak terpengaruh nak pakai baju pelik-pelik. Dia berjaya menaiktarafkan level baju kelawar.

“Sakit perut gelak dengan perangai Adira. Nyanyi lagu rock tapi sarung baju kelawar, rosak!” seloroh netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok