[VIDEO] Bella Astillah balik Sabah, disambut bagai ‘hero’

KEPULANGAN selebriti Bella Astillah ke negeri kelahirannya iaitu Sabah disambut umpama ‘hero’ oleh penduduk di Negeri di Bawah Bayu tersebut.

Bukan itu sahaja, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menerima ‘tabik spring’ apabila kini pandai bergurau dengan sindirian yang dipercayai ditujukan kepada suami, Aliff Aziz dan sahabatnya, Ruhainies.

Jangan risau kalau suami hilang, kita cari di rumah kawan,” ujarnya.

Perkara tersebut diucapkan Bella ketika tampil di Borneo Mega Raya Fest 2024 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

Ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat tampil di pentas beramah mesra dengan pengunjung sambil berkongsi khabar sehingga seorang penonton bertanyakan keadaan dirinya.

Lelaki yang berada di celah-celah pengunjung itu meminta Bella tidak bimbang atau bersedih berdepan situasi rumah tangga.

“Apa abang cakap tadi, jangan risau kalau suami hilang? Tapi saya ada tip,” katanya dalam hantaran video yang dikongsikan seorang peminat di TikTok.

Sorakan pengunjung di pentas utama bergema sebaik wanita kecil molek yang kini menjadi tumpuan ramai gara-gara isu curang bergurau sedemikian.

@bella.astillah13

🫢😆#bellaastillah #alifaziz #alifazizbella #ruhainies #eriqaastillah #masokberanda #fypシ゚viral #fyp #foryou #artismalaysia #foryoupage

♬ bunyi asal – Bella Astillah – Bella Astillah

Video tersebut tular serta meraih pelbagai komen netizen yang rata-rata menganggap hati Bella kini semakin kental apabila semakin berani bersuara.

Bahkan, ada dalam kalangan pemerhati menyifatkan Bella sudah ‘move on’ apabila mampu menjadikan situasi getir dalam rumah tangganya sebagai bahan lawak.

“Jenis pendiam ni jangan buat main, sekali dia buka mulut memang pedas,” kata seorang peminat.

“Dikhianati suami dan kawan sendiri membuatkannya lebih kuat,” tulis netizen lain.

Kemelut rumah tangganya dan Aliff bermula selepas suaminya itu ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu juga enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 April lalu

Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok