Rindu nak berkumpul adik-beradik walaupun mustahil – Syada Amzah

SELEPAS ibu, kini giliran penyanyi Syada Amzah mengakui sangat merindui detik untuk berkumpul bersama ahli keluarganya seperti sebelum ini.

Syada atau nama penuhnya Nursyuhada Amir Amzah, 26, berkata, dia sememangnya sangat menanti momen berkumpul bersama adik-beradiknya termasuk penyanyi, Shila Amzah, Syafiq Amzah dan Syahir Amzah walaupun sedar perkara itu mungkin sukar untuk direalisasikan.

Mustahil tidak sayang darah daging sendiri. Rindu seluruh keluarga saya.

“Bukan secara individu tetapi rindu berkumpul bersama semua walaupun perkara itu mustahil. Sayang semua,” katanya dalam Instagram Story hari ini.

Video yang diulang siar  daripada akaun TikTok ibunya, Fauziah Sarman tersebut turut memaparkan beberapa foto zaman kanak-kanaknya bersama Shila, Syafiq dan Syahir.

Foto-foto tersebut sama seperti yang dimuat naik oleh Fauziah dalam Instagram semalam.

Terdahulu, kemelut membabitkan keluarga Shila mengejutkan industri seni tanah air apabila penyanyi itu dikatakan bermasam muka dengan dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada.

Antara isu yang menjadi perdebatan ahli keluarga tersebut adalah apabila Syafiq mendakwa Shila menghalau keluarganya keluar daripada rumah banglo didiami mereka yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Bagaimanapun, Shila menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya mengatakan dia mahu mencarikan rumah yang baharu buat keluarganya susulan banglo tersebut terlalu besar untuk didiami selain kos penyelenggaraan yang tinggi.

Fauziah sebelum ini juga pernah memuat naik hantaran seolah-olah tidak memaafkan kesalahan Shila yang dikatakan membelakangkan statusnya sebagai seorang ibu.

Kini, Syada dan Fauziah sudah berpindah dan menetap di sebuah rumah yang tidak didedahkan lokasinya.

ND Lala melafazkan cerai pada 2 Ogos 2023 di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenai hal itu kepada Fauziah menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos 2023. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok