Lelaki menangis dapat ‘ciuman’ Daiyan Trisha

SEORANG lelaki teruja selepas berjaya mendapatkan koleksi buku terakhir yang ditulis oleh pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berjudul Tulisan By Daiyan Trisha yang turut disertakan dengan ‘ciuman’.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang lelaki bernama Luqman dalam TikTok miliknya, dia tidak menyangka apabila mendapati buku yang dibelinya itu merupakan buku terakhir yang mempunyai tanda tangan Daiyan serta satu-satunya buku yang turut diberi tanda gincu (ciuman) oleh artis cantik itu.

“Saya dapat buku terakhir,” kongsinya dalam TikTok sambil turut meletakkan emoji menangis.

Perkongsian Luqman dalam TikTok miliknya itu sekali gus menuai rasa cemburu beberapa pengguna lain apabila menganggap dia sangat bertuah kerana memiliki satu-satunya buku yang ‘dicium’ oleh Daiyan.

Malah, ada segelintir pengguna TikTok sanggup melakukan apa sahaja, demi untuk mendapatkan buku yang mempunyai tanda ciuman tersebut.

“Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan tuah anda,” ujar seorang netizen.

Terdahulu, Daiyan menerusi hantaran dalam Instagram miliknya beberapa minggu lalu, berkongsi berita gembira apabila buku yang ditulisnya kini telah berada di pasaran.

Dalam sebuah video yang dikongsikan, Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin dilihat telah memberi tanda tangan dan ‘ciuman’ pada salah sebuah buku miliknya itu.

“Hai semua. Ini adalah buku terakhir yang ke-2,000. Saya akan beri tanda tangan. Siapa yang dapat buku ini, sila kongsikan dalam media sosial. Terima kasih. Saya sayang anda semua,” katanya teruja.

Difahamkan buku tersebut telah pun habis dijual dipasaran. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok