Badrul Muhayat meninggal dunia

BELUM reda kesedihan atas pemergian penyanyi Allahyarham Bad Indigo, semalam, industri seni hiburan tanah air sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian pelakon senior, Badrul Muhayat, hari ini.

Berita duka itu itu telah dikongsikan oleh rakan pelakon, Anne Abdullah dalam Facebook miliknya.

“Assalamualaikum. Saya nak maklumkan Badrul Muhayat sudah meninggal dunia di sebuah homestay di Pulau Pinang. Al- Fatihah,” tulisnya.

Bagaimanapun, tidak diketahui punca kematian pelakon berusia 55 tahun itu dan tujuannya berada di Pulau Pinang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok