Alahai Elisya Sandha, cukuplah dengan alasan

SEPERTI menegakkan benang yang basah, tindakan pelakon Elisya Sandha mempertahankan pemakaian seksi, kononnya ibu mentua, Sheila Rusly sendiri tidak ‘bising’ juga boleh memakan diri. 

Katanya, selagi suami tidak ­menegur, dia juga tidak rasa imej ditunjukkan ­baru-baru ini sebagai sesuatu yang ­keterlaluan.

Berikutan ‘lampu hijau’ yang diberikan kedua-dua individu dihormatinya, Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha enggan ambil pusing terhadap kecaman ramai.

Biar apa pun alasan, Elisya, mentua tak mencebik atau suami tak buka mulut, diri sendiri kena ingat juga kalau berani buka baju, beranilah juga telan semua.

Kalau pun nak seksi, tak payah nak bagi alasan sangat. Redah saja.

Mizz Lahar: Selepas dikecam isu salah faham berhubung bendera Israel, Baby Shima senyap pula. Netizen dah mula rindu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok