Shila Amzah minta janganlah putus asa dengannya

MELALUI pelbagai drama dalam perjalanan karier dan konflik keluarga yang masih belum berkesudahan sepertinya memberi impak besar terhadap sosok bernama Shila Amzah.

Perkara itu sepertinya diluahkan Shila menerusi satu hantaran dalam aplikasi X baru-baru ini.

“Pada peringkat hidup ketika ini, berkahwin dan mempunyai anak adalah perkara terbaik saya lakukan serta tidak menyesal.

 “Sekarang saya bebas melakukan apa yang saya mahu dan benar-benar boleh menikmati muzik yang dihasilkan untuk anda.

“Tidak kira apa yang berlaku pada masa lalu, saya masih di sini dan tidak akan berputus asa. 

“Jadi, jangan berputus asa dengan saya dan akan kembali tidak lama lagi,” katanya.

Menariknya, perkara tersebut dimuat naik dalam bahasa Cina. 

Mungkin itu hanya sekadar luahan secara rawak tetapi entah kenapa Diva rasa ada makna tersirat. 

Tak mengapalah Shila, asalkan sekarang sudah bahagia dengan suami dan anak-anak. Perkara yang lepas, biarkan berlalu.

DIVA: Ada program realiti yang tak sepatutnya diteruskan lagi. Semakin bosan dan merepek!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok