Ramai pula idolakan Leona

PERNAH digelar ‘bimbo’ suatu ketika dahulu kerana tidak fasih berbahasa Melayu, nama Leona kini dijulang pula netizen dalam media sosial.

Bukan disebabkan gelagatnya yang bersahaja tetapi disebabkan jawapan-jawapan diberikan dalam temu bual ‘podcast’ baru-baru ini.

Kata netizen, Leona adalah individu yang layak digelar ‘beauty with brain’ kerana tidak ada satu jawapan bodohpun diberikannya sepanjang temu bual.

Tidak kurang juga mahu menjadikan anak bongsu Azhar Sulaiman itu sebagai idola generasi muda.

Diva pun rasa Leona memang layak dijadikan idola. Setiap jawapan yang diberikannya memang cerdik, kalah semua pempengaruh media sosial lain. 

Sebab itulah pendidikan sangat penting. Tolonglah jadi artis yang berilmu ya semua

DIVA: Cantik betul Syasya Dolla pada majlis resepsinya malam tadi.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok