AKHIR tahun lalu kecoh dalam media sosial apabila ramai mendakwa Ira Kazar sudah hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan Syamsul Yusof.
Namun cerita itu menyepi begitu sahaja tanpa ada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak, termasuk Syamsul atau bapa Ira iaitu Kazar.
Kemudian baru-baru ini, cerita sama singgah ke telinga Diva dan menurut sumber tersebut memang sah Ira sedang hamil anak sulung, namun tidak diketahui tentang usia kandungannya.
Selain cerita hamil, sumber juga beritahu Syamsul turut mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan isterinya sebab itu dia ‘sepi’ sekejap dalam media sosial.
Kalau memang sah hamil, tahniah diucapkan tetapi terhibur pula Diva dengar suami yang alahan. Harap tabah dan sabarlah Syamsul, perkara biasalah, sebelum ini pernah rasa tak?
DIVA: Seronok tengok Bella Astillah kini, dapat tepukan gemuruh kat China!