‘Stalker ikut sampai rumah, nak bagi tuala wanita’

DIEKORI ‘stalker’ atau penghendap antara perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran Sarah Suhairi, namun itulah trauma yang perlu didepani sejak beberapa tahun lalu.

Sudah membuat membuat laporan polis, cuma tindakan lanjut sukar diambil memandangkan gangguan tersebut didakwa sekadar menerusi tulisan atau mesej, bukan menjurus kepada ancaman fizikal.

Diekori penghendap

Saya selalu diperhatikan ‘stalker’ yang sampai tahap dia sudah tahu lokasi rumah dan datang hantar hadiah tuala wanita tanpa sebarang sebab untuk saya.

“Keadaan itu mula disedari sekitar 2019 tetapi dia datang dan pergi. Adakala hilang setahun dan boleh muncul bila-bila masa,” katanya kepada Pose baru-baru ini.

Boleh dikatakan, kehidupannya kini bagaikan radar penghendap. Lebih menakutkan, penghendap itu dipercayai peminat yang obses terhadapnya.

DIGANGGU penghendap membuatkan kehidupan Sarah menjadi tidak tenang dan sering memikirkan keselamatan diri lebih-lebih lagi apabila bekerja sehingga lewat malam. Foto: FARIZ RUSADIO

Selain mesej, penyanyi berusia 24 tahun tersebut berasa terancam apabila pengendap terbabit disyaki turut mengekorinya ke merata tempat semata-mata mahu mengetahui keadaan terkini pelantun lagu Nyawa & Raga itu.

Pernah ada masa saya memasuki pertandingan berkuda dan kereta saya satu-satunya yang masih berada di kawasan parkir.

“Dia tunggu dan hantar gambar kereta saya. Apabila saya sedar, saya terus hubungi kawan untuk temankan saya balik,” ceritanya.

Bercerita lanjut, besar harapannya pihak berkuasa mengambil peduli dengan situasi dilalui selepas menyertakan bukti gangguan terbabit.

SEKIRANYA ada yang berpendapat lagu SAH menjengkelkan, Sarah enggan peduli dan berhasrat melancarkan lagu bergenre sama pada masa depan. Solekan: ELMANDA ZUHAIRY @elmandazuhairy

Saya tidak pernah ceritakan kepada orang ramai, terutama dalam media sosial kerana enggan individu itu bahawa saya sedar kewujudannya.

“Dia memang gila sampai buat banyak akaun palsu menggunakan gambar berserta nombor plat kereta saya sebagai nama media sosial, tetapi saya tak layan. Mesej (DM) pun saya sekat.

“Saya cetak semua akaun palsu dia dan serahkan kepada polis tetapi mereka kata tidak dapat buat apa kerana tidak berbahaya,” ujarnya lagi.

Baca artikel penuh di Kosmo! Online atau dapatkan akhbar secara fizikal di kedai-kedai berdekatan. 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok