‘Tidak salah mencari hidayah Allah’ – Nora Danish ‘backup’ Diana Danielle

TERPANGGIL meluahkan pandangan, pelakon Nora Danish berharap masyarakat tidak merendahkan usaha individu yang ingin berubah ke arah kebaikan.

Kata Nora atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 42, sikap segelintir masyarakat yang suka menghakimi insan lain adalah tidak wajar.

Tidak salah mereka yang mencari hidayah Allah, tidak kira apa cara sekali pun. Yang salah apabila kita senang sangat menghukum.

“Semua itu aturan-Nya, bila tiba masanya mereka inilah yang akan jadi lebih baik daripada kita,” katanya dalam InstaStory.

Perkongsian itu dibuat merujuk kepada luahan rakan seperjuangannya, Diana Danielle yang menzahirkan kekesalan apabila kenyataan mendekatkan kepada Allah dengan melakukan amalan solat dipertikaikan.

Pada hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menegaskan sewajarnya setiap individu mendoakan perkara baik buat insan sekeliling.

“Allah lihat kualiti bukan kuantiti. Kita sama-sama doakan yang baik boleh?” ujarnya.

Terdahulu, Diana menerusi hantaran di aplikasi Threads menyatakan adalah tidak wajar untuk mana-mana individu
berasa pelik dengan perkongsian yang dibuatnya sebelum ini.

Isteri kepada pelakon Farid Kamil itu terkilan apabila ada pihak mengaitkan kewajiban bersolat dengan penampilannya yang tidak berhijab.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok