TEKA-TEKI mengenai barisan penyanyi yang bakal bersaing dalam program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 semakin terjawab apabila enam nama pesertanya ‘bocor’ dalam media sosial semalam.
Meskipun tiada sebarang pengesahan daripada pihak Astro, enam nama dan foto yang tular tersebut cukup membuatkan ramai terkejut dan teruja untuk menyaksikan GV11.
Antara nama yang muncul dalam senarai ‘bocor’ itu ialah Ning Baizura, Illa Sabry, Sheila Abdul, Fairuz Selamat dan Ronnie Hussein.
Malah, kumpulan trio popular Indonesia iaitu kumpulan The Lima juga turut tersenarai.
Selain foto yang tular itu, nama lain yang turut menjadi sebutan ramai ialah Daniel Lee, Ramlah Ram, Khai AF1, Fiq Halim dan Farah Diana Anuar.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut dan foto-foto tersebut juga sudah pun dipadamkan.
Rata-rata netizen menyifatkan barisan nama yang bertanding dalam GV tahun ini akan sengit kerana disertai penyanyi lebih muda.
“Baru enam nama yang bocor tapi dah teruja. Tak sabar nak tengok The Lima.
“Macam hebat-hebat vokal mereka yang masuk tahun ini, penyanyi lelaki sangat sengit,” komen netizen.
Terdahulu, penyanyi Ayai llusi telah diumumkan sebagai juara pertama GV pada tahun 2014, dikuti Siti Nordiana untuk musim ke dua, Azharina (GV3) Datuk Aishah (GV4), dan Noryn Aziz (GV5).
GV6 menyaksikan kejutan apabila dua peserta diumumkan sebagai pemenang iaitu Hady Mirza & Naqiu, Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor sebagai juaran GV9 dan Juara Gegar Vaganza All Stars. – HIBGLAM