Teori ‘tali merah’ Hairul Azreen, Hanis Zalikha

BIARPUN jarang muncul di televisyen, peminat tidak pernah melupakan pasangan merpati sejoli Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Tidak terpalit dengan sebarang kontroversi rumah tangga, pasangan pelakon ini dianggap sebagai contoh hubungan cinta sesama artis yang sepadan.

Pujian melambung diberikan kepada pasangan ini selain dilihat sederhana dalam mempamerkan kemewahan berbanding sesetengah selebriti lain yang ghairah berkongsi gaya kayangan mereka menerusi media sosial.

Dalam pada terpesona dengan keperibadian mereka, ada juga peminat yang bercerita tentang teori tali merah.

Awalnya tidak ramai yang mengetahui apakah dimaksudkan dengan teori tali merah. Diva sendiri pun tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh pengguna media sosial.

Rupanya teori tali merah itu merujuk kepada pasangan yang diciptakan untuk satu sama lain. Amboi, romantis sungguh komen-komen netizen.

Peminat menyifatkan Hairul dan Hanis sebagai pasangan sepadan dan dilahirkan di dunia ini bagi melengkapi antara satu sama lain.

Mana tidaknya, dalam pada ramai pasangan selebriti memilih untuk mengakhiri perkahwinan mereka, Hairul dan Hanis tetap teguh mempertahankan mahligai cinta yang dibina.

Macam-macam cara peminat meluahkan tanda sokongan terhadap artis kesayangan mereka. Apa-apa pun semoga rumah tangga Hairul dan Hanis kekal hingga ke syurga.

Diva: Hebat betul barisan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok