14
GARA-GARA mengalami masalah kesihatan, penyanyi Park Bom tidak dapat meneruskan persembahan jelajah 2024 2NE1 Concert di Manila, Filipina.
Menurut agensinya iaitu YG Entertainment, Park Bom sempat menyampaikan beberapa lagu sebelum beredar meninggalkan pentas ketika konsert berlangsung.
“Dukacita kami ingin maklumkan bahawa Park Bom tidak dapat menyempurnakan persembahan kerana tidak sihat.
“Meskipun sudah menerima rawatan, keadaannya semakin teruk sehingga tidak mampu meneruskan persembahan,” kata wakil agensi.
Dalam masa sama, anggota 2NE1 iaitu CL turut memaklumkan Park Bom tidak sihat sehari sebelum konsert tersebut. – HIBGLAM