Sudirman, KRU calon Biduan Negara ketiga?

PENGIKTIRAFAN Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara minggu lalu menamatkan penantian 18 tahun selepas kali terakhir gelaran itu diberikan kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini sewaktu hayatnya pada 2006.

Selepas Siti, peminat tertanya-tanya siapa pula penyanyi lelaki yang layak menerima gelaran Biduan Negara yang ketiga selepas Allahyarham Datuk Ahmad Jais pada 2002 dan Allahyarham Tan Sri SM Salim pada 2013.

Beberapa nama disenaraikan antaranya Allahyarham Datuk Sudirman dan KRU. Meskipun ada peminat menolak dan menyifatkan KRU belum layak, pengaruh muzik kumpulan tersebut banyak menjadi rujukan artis baharu.

Apa-apa pun terpulang kepada mereka yang lebih arif dalam menentukan siapa yang layak. Lagi pun anugerah ini bukan diberikan berdasarkan populariti atau undian peminat.

Hanya mereka yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria ditetapkan sahaja akan menjadi penerima.

Diva: Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza atas pencapaian yang diterima.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok