STACY ada hak untuk diri diri”.
Demikian kata penyanyi Adira apabila ditanya berhubung kontroversi Konsert Sumandak Stars susulan penarikan diri Stacy daripada acara berkenaan.
“Sejujurnya saya tidak dapat berkomunikasi dengan semua yang terlibat. Saya juga kurang pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Saya baik dengan semua rakan-rakan dan berharap beri ruang kerana masing-masing mempunyai hak untuk teruskan atau tidak. Saya hormati keputusan mereka,” kata Adira.
Enggan mengeruhkan keadaan, kata Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 33, sebagai penyanyi dia hanya mahu fokus kepada perjalanan konsert tersebut.
Stacy mempunyai alasan tersendiri dan saya hanya fikir mahu memudahkan urusan orang lain. Tetapi apa yang dilakukan Stacy tidak salah, itu hak dia.
“Alhamdulilah, selepas kontroversi awal itu timbul, saya ada bersemuka dengan dengan pihak penganjur dan selepas itu semuanya berjalan dengan lancar,” ujar Adira.
Selepas pengunduran Stacy, penyanyi lain seperti Ayu Damit, Azharina dan Salma Asis turut diundang untuk memeriahkan konsert.
Jelas Adira, dia sendiri yang mencadangkan nama Salma kepada pihak penganjur kerana penyanyi itu mudah berurusan selain mereka bersahabat baik.
Alhamdulillah, saya sangat gembira apabila Salma turut serta dalam konsert ini. Sebelum ini saya selalu minta Salma ganti jika tidak dapat hadiri mana-mana persembahan pentas.
“Jadi, apabila diminta beri cadangan penyanyi untuk konsert ini, saya terus beri nama Salma. Dia seorang yang sangat mudah berurusan dan memang seronok dapat bersama rakan-rakan di atas satu pentas,” luah Adira.
Penyanyi lain yang akan terlibat dengan konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 November ini terdiri daripada Marsha Milan, Wani Kayrie, Nikki Palikat, Bella dan Didi Astillah.
Dalam pada itu, Adira yang ditemui pada sidang media final program The Chosen One 2024 gembira dengan pengalaman pertamanya sebagai jurulatih kepada Atikah Rose.
Meskipun sekadar memenangi tempat ketiga, pengalaman tersebut telah menerbitkan minatnya untuk menjadi seorang guru dan memiliki sebuah syarikat pengurusan bakat pada masa depan.
“Saya tidak pernah dapat peluang seperti ini. Sangat seronok kerana saya boleh bereksperimen dan melakukan sesuatu yang berbeza. Apapun, saya telah cuba yang terbaik dan berharap Atikah akan terus aktif menyanyi selepas tamat persekolahan kelak,” katanya. – HIBGLAM