SELEPAS hampir dua tahun menyulam kasih, pelakon Siti Saleha akhirnya mendedahkan sudah bertunang dengan pereka fesyen ternama tempatan, Joshua Fitton.
Siti Saleha atau mesra disapa sebagai Sally membuat pengumuman tersebut secara mengejut tanpa berbincang dengan bakal suami di acara Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2024 semalam.
2024 sangat bagus dan kami sudah bertunang. Saya terbuka mengenai perkara tersebut.
“Awak nampaknya tidak bersedia dengan pengumuman tersebut,” katanya kepada Joshua sambil ketawa.
Berita gembira itu dikongsikan selepas seorang hos majlis mengajukan soalan tentang kehidupan sepanjang 2024.
Malah, pertanyaan tersebut disambut dengan khabar gembira yang disampaikan pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd. Baharum.
Sebelum ini, aktres jelita itu memperkenalkan buah hati yang juga berdarah kacukan sepertinya kepada umum pada Disember 2022.
Sally pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar, 36, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun dan tidak dikuniakan cahaya mata. – HIBGLAM