Setahun bersama, Kwak Si-yang, Lim Hyun-joo putus

SERING mendapat perhatian netizen dek keromantisan dalam bercinta, pasangan pelakon Kwak Si-yang dan Lim Hyun-joo mengejutkan ramai apabila memutuskan hubungan selepas setahun bersama. 

Sepi tanpa penjelasan, punca perpisahan pasangan tersebut menjadi tanda tanya netizen yang gagal menghidu keretakan hubungan tersebut memandangkan mereka kelihatan bahagia bersama.

Menurut sebuah laporan, pasangan itu memilih untuk memutuskan hubungan dan membawa haluan masing-masing kerana sudah tiada lagi persefahaman mahupun keserasian.

Terdahulu ketika mereka sedang hangat bercinta, Kwak Si-yang menyatakan Lim Hyun-joo merupakan wanita ideal buat dirinya dan saling melengkapi ketika meluangkan masa bersama.

Rupa-rupanya, manis bercinta hanya seketika.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok