PELAKON Fazura menerima kritikan hebat netizen gara-gara menyanyikan single terbaharunya secara langsung dalam sebuah rancangan Indonesia.
Ramai menyindir vokal pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin, 41, itu tidak menepati kriteria seorang penyanyi sewaktu menyampaikan lagu Bertahan Demi Cinta.
“Aku kalau menyanyi memang ke laut dalam, bila dengar Fazura menyanyi lega sikit hati sebab ada geng,”
“Sehancur-hancurnya hati Fazura tetapi hancur lagi suaranya. Maaf Faz,”
“Kami pun cuba bertahan untuk mendengar sampai habis. Seksa,”
“Dengar dalam video muzik punyalah sedap tiba-tiba nyanyi secara langsung, cukuplah dengar sekali sahaja,” demikian antara komen netizen.
Lagu Bertahan Demi Cinta merupakan single yang pernah dirakamkan bersama pelakon Fattah Amin sebelum mereka berpisah.
Bagaimanapun, lagu tersebut pernah menjadi bualan hangat apabila dilancarkan selepas pasangan terbabit sah bercerai pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Selain mempromosikan single baharu di Indonesia, pelakon filem Langit Cinta itu turut berkongsi tiada kesalan bercerai setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4. – HIBGLAM