AKTOR Nadhir Nasar menganggap dimarahi pelakon senior sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan perkara biasa yang berlaku dalam kalangan anak seni.
Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, berkata, isu dibuli pelakon senior seperti yang dibangkitkan segelintir bakat baharu mampu mewujudkan salah faham dan rasa kurang senang dalam kalangan penggiat seni.
Sebab kau pelakon senior ada stereotaip terhadap pelakon baharu. Bagus.
“Senang cerita, kalau kau tiada masalah, tiada orang nak buat masalah dekat kau.
Tak perlu semua benda nak cerita, refleksi diri itu dahulu,” katanya dalam aplikasi X.
Tambah bintang utama siri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi itu, pelakon baharu seharusnya mengamalkan sikap rendah diri dan menerima teguran secara terbuka demi memperbaiki kualiti lakonan.
Jalan depan orang lama, tunduk. Dimarahi orang lama, duduk. Menegakkan benang yang basah, itu buruk,” katanya.
Sebelum ini, ada pelakon baharu mendakwa wujudnya kejadian pelakon senior membuli pendatang baharu.
Bagaimanapun, beberapa penggiat seni senior antaranya pengarah Ahmad Idham, pelakon Nabila Huda, Rita Rudaini serta Lana Nodin menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan pelakon baharu tidak profesional serta terlalu manja. – HIBGLAM