Jujurnya, saya tidak terdesak untuk mengahwini sesiapa buat masa sekarang.”
ITU kata pelakon dan penyayi Daiyan Trisha yang mengakui selesa menikmati hidup tanpa teman hidup buat masa ini.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, berkata, dalam soal jodoh tidak perlu tergesa-gesa malah dia enggan terlalu bergantung kepada manusia.
Apa paling penting saya ingin orang tahu saya okey sahaja dan selesa begini.
“Saya memang suka berada dalam fasa bercinta, cuma saya hanya menunggu seseorang yang tepat untuk jadikannya realiti,” katanya menerusi hantaran video dalam TikTok.
Sudah menjadi pertanyaan wajib, pelantun lagu Penat itu mengakui dirinya sering diasak soalan mengenai jodoh ketika hadir dalam mana-mana majlis
“Soalan bila nak kahwin sangat terkenal dan cukup sinonim bagi saya. Terutama apabila saya menghadiri majlis.
Kadang-kadang saya terfikir, salah ke kalau saya tak rasa perlu ada seseorang yang istimewa buat masa sekarang?” soalnya.
Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan selebriti itu dan menasihatkannya agar mencari pasangan sekufu andai terbuka hati mendirikan rumah tangga kelak.
Tidak mengapalah kahwin lambat pun, tak perlu tergesa-gesa. Sekarang ini risau, lebih ramai orang cerai daripada kahwin,” komen seorang netizen.
“Kalau awak mahu kahwin, cari pasangan yang sekufu bukan sahaja dari segi pendapatan malah latar belakan. Kita bukan mahu hidup bersama sehari dua, jangan salah pilih,” tulis seorang netizen lagi. – HIBGLAM