‘Salam tunangku’ – Eyka Farhana dipinang Akhyar Rashid Ogos lalu

HAMPIR lima tahun menyulam kasih, pelakon Eyka Farhana melangkah setapak lagi apabila bergelar tunangan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada 4 Ogos lalu.

Tanpa berkongsi secara terperinci, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Wam Sarmizi, 29, hanya memuat naik foto serta kapsyen memberi salam kepada tunangnya.

Masha-Allah Tabarak-Allah, salam tunangku,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, Eyka dan Akhyar manis sedondon dalam persalinan rona coklat malah pelakon itu gembira menunjukkan cincin pertunangan yang diterima daripada pihak lelaki.

Dia turut berkongsi foto sebiji kek dan cincin memaparkan tarikh 4 Ogos 2024 sebagai simbolik hari pertunangan mereka.

Difahamkan majlis tunang Eyka dan Akhyar diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga mereka sahaja.

Perkongsian tersebut seterusnya meraih ratusan ucapan tahniah dan doa daripada netizen termasuk rakan selebriti.

Alhamdulillah. Tahniah sayang,” komen Bella Astillah.

“Pertama kali lihat majlis pertunangan artis popular yang diadakan dalam majlis serba ringkas.

Perkahwinan mereka mesti ‘gempak’ punya nanti sebab pemain kebangsaan dan artis,” komen netizen.

Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar mula dihidu pada 2020 selepas beberapa kali dilihat keluar bertemu janji serta bercuti bersama.

Eyka juga sebelum ini pernah menafikan membuat persiapan untuk menamatkan zaman solo. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok