Saiz jubah mandi XXS dipertikai, Intan Najuwa ‘naik hantu’

SAIZ jubah mandi dipertikai terlalu kecil, pelakon Datin Intan Najuwa tampil menyelar netizen yang disifatkannya sebagai bermulut celupar.

Ujar Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, potongan jubah mandi sememangnya besar yang memerlukannya memilih saiz sesuai dengan tubuh.

Amboi mulut kau. Tak payah yakin pun, itu nama dia ‘robe’, jadi memang saiz ‘robe’ saya masa tengah mengandung ni pun pakai XS atau S.

“Potongan ‘bath robe’ memang besar sebab saya tak adalah gabak mana pun.

Kalau ambil M atau L jadi jubah bukan ‘robe’. Sekian terima kasih,” katanya menerusi Instagram Story.

TANGKAP layar reaksi Intan terhadap komen netizen yang mempertikai saiz jubah mandi yang dibelinya.

Rata-rata netizen terkejut dengan respons pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu yang seakan tidak boleh diajak bergurau.

“Agaknya tengah mengandung, dia macam makin ‘bitter’, terus hilang eksklusif dia yang dahulu,” komen seorang netizen.

Orang mahu bergurau sahaja tu, lagipun semua orang tahu awak kecil, janganlah emosi sangat. Kalau tak mahu orang komen, jangan ‘post’ apa-apa,” demikian komen seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Intan berkongsi beberapa barangan yang akan dibawa ke hospital menjelang kelahiran anak sulungnya.

Namun, perhatian netizen tertumpu pada saiz ‘bathrobe’ yang dinyatakannya sebagai XXS sehingga mengundang pelbagai reaksi.

“Yakin ya terus XXS,” tulis individu berkenaan, dipercayai menyindir saiz kecil pakaian tersebut.

Sebagai rekod, Intan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok