Privasi diganggu, Nomad nekad saman peminat

Privasi diceroboh, agensi kumpulan Nomad iaitu Nomad Entertainment tidak akan teragak-agak untuk mengheret peminat fanatik yang gemar mengganggu-gugat keselamatan idola itu ke muka pengadilan. 

Dalam satu kenyataan, agensi tersebut menekankan bahawa kunjungan tanpa kebenaran ke kawasan peribadi seperti hotel, kediaman, zon pelepasan dan ketibaan lapangan terbang serta cubaan untuk berinteraksi atau merakam gambar tanpa izin antara bentuk pelanggaran yang tidak dibenarkan.

Nomad Entertainment turut menegaskan mana-mana peminat yang melanggar garis panduan itu akan disenarai hitam tanpa amaran, sekali gus kehilangan hak untuk menyertai aktiviti-aktiviti peminat. 

Langkah itu bertujuan untuk memastikan budaya peminat yang sihat kekal terjaga dan melindungi privasi artis mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok