KELIHATAN seperti buncit, penyanyi kumpulan Blackpink, Jennie menjadi bahan kritikan netizen yang terkejut dengan keadaan fizikalnya.
Perkara tersebut diperkatakan sewaktu Jennie menggayakan seluar pendek dan coli sukan sambil menerangkan teknik pemulihan yang biasanya dipraktikkan atlet dalam sebuah video.
Prihatin dengan situasi Jennie ada juga peminat tampil mempertahankan penyanyi itu dengan mengatakan perut wanita biasanya akan buncit selepas makan atau masalah hormon.
“Bagi mereka yang mengkritik idola wanita kerana mempunyai wajah atau badan yang biasa, mengapa kalian tidak cuba kritik diri sendiri?,” soal peminat.
“Mungkin perut Jennie sedang kembung, netizen yang tangkap layar video tersebut menjadikan bentuk badan Jennie kurang cantik,” tulisnya. – HIBGLAM