Pentas tak selamat, Dua Lipa batal konsert di Jakarta

HANYA tinggal beberapa jam sebelum muncul di Jakarta Arena, Indonesia penyanyi Dua Lipa mengumumkan terpaksa membatalkan konsert Asia Radical Optimism yang sepatutnya berlangsung malam ini.

Tindakan tersebut dibuat selepas mendapati pentas yang didirikan di gelanggang acara tertutup itu tidak menepati piawaian keselamatan.

“Dengan perasaan sedih saya ingin mengumumkan tidak dapat membuat persembahan di Jakarta.

Saya sudah berada di sini dan bersedia mengadakan persembahan tetapi tidak dapat diteruskan kerana keadaan pentas yang tak selamat,” katanya dalam InstaStory semalam.

Rata-rata peminat meluahkan rasa kesal apabila impian untuk menyaksikan persembahan penyanyi kelahiran London itu lebur.

“Saya sedih sangat, kurang 24 jam sebelum konsert Dua Lipa di Jakarta tetapi terpaksa dibatalkan,” tutur peminat.

Pihak penganjur bukan kali pertama buat konsert artis antarabangsa, tidak mungkin standard keselamatan pun ambil ringan,” ujar pengikut.

“Terkejut sangat apabila menerima khabar ini, saya sudah bersedia mahu menyanyi. PK Entertainment, kalian sangat memalukan!” marah netizen.

Difahamkan, pelantun lagu Break My Heart itu sudah berada di Jakarta selepas mengadakan konsert dua malam di Stadium Tertutup Singapura pada 5 dan 6 November lalu.

Selepas ini, Dua dijadualkan akan meneruskan siri jelajah Asia di Filipina, Thailand dan Malaysia. – HIBGLAM  ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok