Nak jual cenderahati, Fattah Amin diminta sambung buku 99 Kata

PETALING JAYA – Memanfaatkan populariti yang dikecapi, pelakon sensasi Fattah Amin bakal melancarkan barangan cenderahati edisi terhad dipercayai dalam tempoh masa terdekat.

Jelas Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, barangan tersebut akan dijual dalam jumlah yang terhad.

“Nak tanya ini, kalau saya keluarkan sendiri merchandise (barangan cenderahati), FA limited edition (edisi terhad), kalian nak beli tak?

“Saya buat tidak banyak. Siapa cepat dia dapat. Tapi memang best merchandise ini, cuma tidak banyak, maaf,” katanya dalam ruangan InstaStories.

Perkongsian pelakon filem Mat Kilau: Kabangkitan Pahlawan itu kemudian menarik perhatian peminatnya dan mereka saling berteka-teki tentang tentang cenderahati yang akan dijual.

Sebilangan mereka ada yang meminta agar Fattah menghasilkan kesinambungan buku 99 Kata Fattah Amin.

“Fattah Amin nak keluarkan barangan cenderahati, tentulah kami akan beli.

“Elok juga, kalau boleh terbitkan edisi kedua buku 99 Kata Fattah Amin. Boleh kongsi kata-kata nasihat selepas bergelar duda sekarang ini.

“Sementara tengah hot (popular), inilah peluang keemasan. Memang laku keras (laris) nanti,” antara komen netizen.

Terdahulu, populariti Fattah melonjak selepas sah bercerai talak satu dengan aktres Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Susulan itu, Fattah kemudian menjalin kerjasama dengan beberapa jenama produk makanan dan kosmetik selain dikatakan bakal muncul dalam muzik video lagu nyanyian penyanyi popular iaitu Aina Abdul. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok