‘Mimpi buruk ke?’ – Puteri Sarah sembur netizen

KETIKA ralit melihat video Puteri Sarah Liyana dan Bella Astillah, Diva sempat intai ruangan komen. Tersedak Diva melihat satu komen netizen yang mendakwa Sarah bakal bernikah semula dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Tidak berdiam diri, Sarah dilihat membalas komen itu dengan mempersoalkan sama ada indvidu terbabit mengalami mimpi buruk.

Apa benda kau ni abang? Semalam mimpi buruk ke?” soalnya.

Alahai, mengundang kemarahan orang sahaja. Kalau boleh janganlah mengeluarkan komen sensitif begitu, bukan semua orang selesa.

Sabar ya Sarah. Mungkin netizen akan tutup mulut kalau Sarah sudah jumpa pengganti baharu. Takkan nak kena balik semula kepada lelaki sama kan.

DIVA: Ramai doa Sarah dan Bella dipertemukan jodoh baharu yang dapat menjaga mereka dengan lebih baik.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok