‘Mak nak Fattah Amin jadi hero MV Jadi Ajar Aku’

PENYANYI Aina Abdul mendedahkan ibunya mencadangkan agar ‘melamar’ Fattah Amin sebagai hero video muzik (MV) lagu baharunya.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkongsi perjalanan pembikinan lagu Jadi Ajar Aku.

Menurut pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2024 berkenaan, ibunya adalah orang pertama yang mendengar lagu terbaharunya itu.

“Lagu ini ditulis sebaik sahaja saya habis ibadah umrah pada April lalu. Tanpa petikan piano, melodi dan lirik mengalir dengan lancar.

Mak saya adalah yang pertama mendengar lagu ini. Dia cakap kena ada hero untuk MV lagu ini.

“Selepas saya beri dia dengar lagu yang sudah siap sepenuhnya, dia cakap panggil la Fattah Amin untuk jadi hero MV ni. Jadi inilah hasilnya,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Tambah Aina lagi, dia sangat berdebar sewaktu pertama kali  melamar Fattah untuk membintangi MV tersebut.

Terima kasih Fattah Amin sudi berkolaborasi dengan Aina untuk MV ini.

“Berdebar juga waktu pertama kali nak bentangkan projek ini kepada pengurus Fattah iaitu Sakirin Aca. Alhamdulillah , dia bersetuju,” kata Aina.

MV Jadi Ajar Aku sudah mula dilancarkan secara rasmi dalam saluran YouTube Aina Abdul pada 10 November pukul 8.30 malam. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok