‘Lebih sebulan yakinkan anak kena ada ketua keluarga’

JURUTERA jadi pilihan hati penyanyi Ina Naim apabila sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, dengan sekali lafaz di majlis akad nikah yang berlangsung di Felcra Sungai Ara hari ini.

Nordiana Mohd Naim, 40, dinikahkan Naib Kadi Daerah Kora Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji yang mewakil wali bapa Ina pada pukul 9.50 pagi.

Ina ketika ditemui mengakui mengambil masa lebih sebulan mendapatkan restu anak-anak untuk bernikah semula.

Pada mulanya (anak-anak) tidak boleh terima sebab tidak bersedia terima pengganti ayah mereka, namun saya jelaskan mereka perlu belajar, kena ada ketua keluarga.

“Dalam sebulan dua juga yakinkan anak, alhamdulillah,” katanya kepada media usai majlis akad nikah.

Menurut Ina lagi, Khairul merupakan peminatnya dan arwah suami, Suhaimi.

Detik pertemuan, dia (suami) peminat saya dan arwah. Permulaan memang susah untuk terima sebab rasa terlalu awal tapi Allah sudah takdirkan. Saya solat istikharah dan merasakan dia mungkin pilihan hati saya. Disebabkan itu saya terima seadanya.

“Isnin lepas sudah setahun genap arwah suami meninggal mengikut bulan Islam. Dari kisah Nabi Muhammad ada yang kematian suami habis idah dan dilamar, jadinya saya alhamdulillah Allah bagi jodoh, mudah-mudahan berkat dunia akhirat.

Buat masa ini tidak ada rancangan bulan madu. Saya baru keluar produk baharu jadi mahu fokus bisnes dulu dan dia (suami) saya minta ajar anak-anak seperti mana arwah ayah mereka buat sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairul mendedahkan dia mula berhubung dengan Ina pada Mei lalu untuk urusan profiling anak-anak Ina.

Saya sangat tertarik arwah abang Suhaimi dan Ina macam mana mereka ‘homeschooling’ anak-nak jadi saya buat profiling dan beberapa proposal untuk mereka. Maksudnya macam mana anak-anak dapat meneruskan pembelajaran dan Ina sangat berminat,” katanya yang bersyukur dapat menyunting Ina sebagai suri hidupnya.

Ina bergelar ibu tunggal selepas suaminya, Suhaimi Saad yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, 43 meninggal dunia pada 15 November 2023.

Hasil perkahwinan dengan Suhaimi, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok