Kim Junsu diugut wartawan bernama A

Nama penyanyi Kim Junsu, kembali menjadi topik hangat selepas terpalit dengan dua kontroversi besar yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat.

Bekas anggota kumpulan TVXQ itu dilaporkan menjadi mangsa ugutan seorang wartawan penyiaran wanita dikenali sebagai A. 

Wanita tersebut didakwa meminta bayaran sebanyak hampir RM3 juta sebagai pertukaran untuk tidak mendedahkan perbualan intim antara mereka.

Menurut laporan media, A turut mengugut untuk menyebarkan rakaman perbualan mereka jika tuntutannya tidak dipenuhi. 

Kes itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, dan A dipanggil untuk memberikan keterangan pada 13 November lalu. Setakat ini, siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.

Di tengah isu ugutan tersebut, idola berusia 37 tahun itu turut menerima kecaman hebat daripada peminat selepas video persembahannya di Jepun kembali tular. 

Dalam rakaman itu, Junsu dilihat melakukan aksi tarian yang dianggap mengghairahkan bersama seorang penari wanita.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok