USAHAWAN dan pelawak Shuib berang apabila masih terdapat individu berterusan melemparkan kata-kata negatif terhadapnya dan isteri dalam media sosial hari ini.
Geram dengan tohmahan yang tidak berasas, Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 40, menyifatkan individu tersebut sebagai penakut kerana tidak berani membalas mesejnya dalam media sosial meski sudah melemparkan pelbagai tuduhan.
Awak ini normal atau tidak? Video tuju untuk saya tetapi dalam TikTok awak sekat saya dan mesej pun tak berani hendak balas.
“Insya-Allah satu hari kita akan bertentang mata. Kasar sangat ayat awak wahai saudara,” katanya.
Terdahulu, tular video individu berkenaan yang melemparkan pelbagai kata-kata buruk terhadap Shuib termasuk mempertikai jodohnya dengan isteri, Watie Hanifiah selain meminta pelawak tersebut menyelesaikan segala isu dengan bekas pekerjanya.
“Video ini kepada Shuib, dengarnya kau cari aku. Sebelum kau cari aku, selesaikan masalah dengan staf, bekas pekerja dan pelanggan.
Kau tahu berubah sebab apa?Aku nasihatkan tukar bini baru, cari yang lebih solehah.
“Ops, kau tak layak dapat yang solehah sebab kau pun 2×5 (sama),” ujar individu terbabit.
Difahamkan, ini bukan kali pertama individu tersebut melemparkan pelbagai kata-kata negatif terhadap Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah.
Sebelum ini, individu terbabit turut menyerangnya dalam TikTok dengan memuat naik video berkaitan isu Shuib didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan dan menggunakan wang syarikat untuk kos menunaikan umrah baru-baru ini. – HIBGLAM