Selepas disiasat secara menyeluruh, penyanyi rap Jessi akhirnya didapati tidak bersalah atas dakwaan menyerang seorang peminat bawah umur pada September lalu.
Menerusi satu laporan, penyanyi berusia 36 tahun itu disoal siasat di Balai Polis Gangnam pada 16 Oktober lalu dan pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti penglibatannya dalam serangan tersebut.
Meski pelantun lagu Zoom itu bebas daripada tuduhan tersebut, polis tetap akan meneruskan siasatan terhadap penerbit yang dikenali sebagai Koala atas tuduhan menyerang kerana mempunyai bukti kukuh.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Koala yang ada bersama Jessi dilihat memberi ancaman kepada peminat berkenaan.
Selain Koala, seorang lagi individu yang berada bersama Jessi di dalam rakaman video tersebut turut didakwa atas tuduhan menyerang.
Pada 29 September lalu, seorang peminat cuba mendekati Jessi untuk merakamkan gambar bersama.
Namun permintaan tersebut dihalang oleh seorang lelaki yang berdiri di sisi Jessi ketika itu.