‘Jangan termakan gula-gula’ Ruhainies nafi nikahi Don Dukun

TIDAK sunyi daripada gosip, pelakon Ruhanies menafikan dakwaan sudah mendirikan rumah tangga dengan bintang Don  Dukun, Zul Ariffin seperti yang bertebaran dalam media sosial sejak semalam.

Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menggesa orang ramai tidak mudah tertipu dengan penyebaran berita palsu berbaur fitnah yang dicipta semata-mata untuk melariskan jualan dalam platform media sosial individu tertentu.

“Amboi macam mana awak (portal) awak tahu ni? Saya pun tak tahu. Terima kasih untuk info (dakwaan bakal bernikah).

“Kepada netizen yang saya sayangi, jangan biar golongan yang tidak bertanggungjawab ini gula-gulakan kalian okey.

“Saya tahu kalian lebih bijak. Terlalu banyak tajuk palsu dibuat, apabila ditekan, keluar pautan platform e-dagang. Harap berbahagialah dan semoga murah rezeki serta halal hasilnya,” tulisnya dalam nada berseloroh dalam Instagram Story.

Tidak melenting, pelakon drama Cukup Derita Itu sebaliknya terhibur dengan kewujudan berita palsu sebegitu.

“Saya tak marah tau, cuma saya rasa lucu dan terhibur. Terima kasih,” katanya lagi.

Dia turut memuat naik tangkap layar hantaran Facebook yang mendakwa bakal bernikah dengan Zul.

“Terbongkar akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin, ini ceritanya!” dakwa portal tersebut.

Bukan kali pertama, Ruhainies pernah digosipkan dengan Zul susulan hubungan baik dan aksi mesra mereka ketika menjalani penggambaran untuk sebuah drama sebelum ini.

Mereka bagaimanapun pernah menafikan dakwaan bercinta sebaliknya serasi sepanjang berlakon bersama selain selesa apabila digandingkan sebagai hero dan heroin. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok