Hubungan Ji-min, Jung-hoon ditentang peminat

Hubungan tidak direstui peminat, pelakon Han Ji-min dikecam teruk selepas secara terbuka mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Choi Jung-hoon sejak empat bulan lalu.

Lebih teruk, rata-rata peminat sepakat mahu memboikot aktres jelita itu sekiranya masih meneruskan hubungan itu.

Api kebencian terhadap penyanyi terbabit mula marak apabila dia dikatakan anak kepada bekas penjenayah dan mahu aktres tersebut bercinta dengan Lee Min-ki. 

Saya nak awak bersama pelakon Lee Min Ki, bukan dengan Choi Jung-hoon. Dia anak penjenayah dan mustahil awak bahagia dengan dia,” komen seorang netizen. 

“Dalam ramai lelaki, awak pilih juga anak penjenayah. Lebih baik berpisah atau kami berhenti menyokong karier awak, meluat!,” desak peminat. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok