‘Henti fitnah’ – AC Mizal nekad heret bekas pekerja ke mahkamah

HENTI sebar fitnah tidak berasas.’

Demikian kata selebriti versatil Datuk AC Miza yang menafikan dakwaan gagal membayar gaji pekerja dan tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Bagi mengelakkan salah faham, AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 53, menegaskan tohmahan yang dipercayai disebarkan bekas pekerja Suka TV itu satu fitnah dan menyerahkan kepada pihak peguam untuk menyelesaikannya.

Saya AC Mizal terpanggil untuk menjawab kenyataan finah dan tohmahan yang tular dalam media sosial oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab.

“Seharusnya saya tidak perlu balas dan jawab kenyataan yang tular tetapi memandangkan ramai sudah mengetahui dan bertanya mengenai perkara ini, bagi mengelakkan salah faham dan finah saya perlu menjelaskan.

Saya mengarahkan peguam dan pihak Suke TV untuk ambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu terbabit,” katanya dalam Instagram.

Tambah AC, dakwaan tersebut dilakukan bekas kakitangan Suke TV yang sebilangannya telah ditamatkan perkhidmatan.

Biar mahkamah yang memutuskan salah atau betul masing-masing. Cuma saya ingin nyatakan kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh bekas staf yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat perkhidmatan,” katanya.

AC turut memkalumkan pihaknya bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak sekiranya wujud isu berbangkit.

“Jangan salah guna media sosial untuk kepentingan tertentu.

Kami mempunyai semua bukti tetapi tidak akan canang kepada umum. Tindakan seterusnya, saya serah kepada proses undang-undang mahkamah dan keadilan negara.

“Mohon fikir secara tenang dan henti sebar fitnah tidak berasas,” katanya.

Terdahulu, personaliti TV Meyra Khan mendedahkan tidak menerima gajinya ketika berkidmat di sebuah stesen televisyen.

Meyra mendakwa bukan sahaja isu pembayaran gaji, malah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso turut tertunggak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok