Fattah Amin sangat menjaga solat.”
Itu antara pujian yang disuarakan seorang usahawan dikenali sebagai Hanum Subri terhadap Fattah Amin selepas menjalinkan kerjasama dengan aktor itu.
Menurut Hanum, urusan kolaborasi dengan Fattah bagi mempromosikan produk yang dijualnya berjalan dengan lancar kerana kerjasama yang diberikan pelakon itu sangat baik.
“Pengalaman bekerja dengan Fattah, kami ingin berkongsi semoga asbab kebaikan buat semua.
Dia seorang yang sangat menjaga solat, ikhtilat dan sangat baik dalam santuni ahli keluarga beliau,” katanya dalam Instagram.
Dalam pada itu, Hanum juga mendoakan agar Fattah dan keluarga sentiasa berada di bawah lindungan Tuhan.
Semoga Allah merahmati keluarga ini dan dikurniakan Jannatul Firdaus. Segala yang baik dari Allah dan kekurangan dari pihak kami sendiri.
“Hanya Allah sahaja yang dapat segala kebaikan kalian,” jelasnya.
Difahamkan, Hanum merupakan usahawan yang menjual tas tangan berjenama import berjenama mewah seperti Hermes, Chanel dan Dior.
Ketika ini, Fattah boleh dikatakan antara pelakon lelaki yang ‘laku keras’ dan kerap dipilih menjadi duta mempromosikan pelbagai jenama.
Rezekinya semakin mencurah selepas berpisah dengan bekas isterinya, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu. – HIBGLAM