Digelar ular, Yuka Kharisma mahu sama Madammu

DIGELAR ular yang pandai putar belit, penyanyi Yuka Kharisma menganggap tuduhan ahli perniagaan Erica Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu terhadapnya sebagai melampau.

Kata komposer juga penganjur konsert itu, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita terbabit atas kenyataan berbaur fitnah yang disebarkan.

“Dulu saya bagi peluang untuk tidak ambil tindakan sebab ‘client’ jenis macam ini tak nak faham pasal hak cipta lagu yang sudah tertulis dalam ‘invoice’.

Tapi kali ini saya tak akan bagi muka dan bakal ambil tindakan yang keras terhadap fitnah melampau ini,” katanya dalam perkongsian InstaStory.

Perkara itu disuarakan Yuka susulan tindakan Madammu mendakwa mengetahui sikap sebenar selebriti asal Indonesia itu yang dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Menerusi sebuah video dalam TikTok, usahawan itu mengingatkan orang ramai yang berurusan dengan penyanyi berkenaan agar lebih berhati-hati kerana didakwa suka memutar belit cerita atau fakta.

Ibarat seekor ular yang pandai berkata-kata dan membelit, hati-hati. Sebab itu Tuhan tak bagi dia terkenal sebab Tuhan tahu kalau dia terkenal akan jadi macam mana.

“Kadang-kadang Tuhan tengok orang itu layak tak Dia nak curahkan rezeki sebab ada orang bila dia senang atau bagi rezeki lebih, mereka tak boleh nak urus,” kata Madammu dalam perkongsian videonya.

Difahamkan, perselisihan faham antara Madammu dan Yuka tercetus ketika bekerjasama menghasilkan lagu tema produk Noir milik ahli perniagaan itu.

Kelmarin wanita terbabit memuat naik video mendedahkan pengalaman bekerjasama dengan Yuka rentetan pembatalan konsert Malam Sutera Aisha Retno anjuran syarikat penyanyi tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok