Buli siber, IU saman lebih 180 individu

DIUGUTdan difitnah, penyanyi IU bakal menyaman lebih 180 individu yang terlibat dalam aktiviti buli siber.

Menerusi kenyataan agensinya, EDAM Entertainment,  pihaknya menggunakan saluran undang-undang sejak 2023 dan telah bekerjasama dengan firma guaman untuk mengumpul bukti agar IU dapat memfaikan saman sewajarnya.

Antara dakwaan jenayah yang dibuat termasuk penghinaan, fitnah (melibatkan tuduhan plagiarisme), ugutan bunuh, pelanggaran privasi gangguan seksual, pengedaran bahan lucah dan penciptaan kandungan palsu.

Sehingga kini, seramai 180 individu telah dikenal pasti sebagai defendan dan dipercayai seorang suspek merupakan rakan sekelas IU di sekolah menengah.

Dalam pada itu, agensi penyanyi berkenaan turut memantau komuniti dalam talian iaitu Nate Pann, Namuwiki, TheQoo, DC Inside (Galeri Drama/Galeri Selebriti Lelaki), SoulDresser, Generasi Wanita, Ygosu, Instiz, Ilgan Best dan MLB Park.

“Kami akan mengambil tindakan tegas. Sudah tiba masanya menamatkan jenayah buli siber yang berleluasa dalam platform media sosial,” ujar agensi. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok