PENYANYI Misha Omar menegaskan dia bukan penyanyi Kelantan yang ditahan polis Thailand bersama pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat semalam.
Misha atau nama penuhnya Samiha Omar, 42, menafikan perkara tersebut selepas ramai mula bertanya mengenai dirinya selepas laporan berita tersebut tular dalam media sosial hari ini.
“Terima kasih kepada yang hantar ini dan bertanya sama ada saya okey atau tidak.
“Itu bukan saya ya semua, jangan risau okey,” katanya ringkas dalam Instagram Story.
Hari ini, Kosmo! Online melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan merupakan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi semalam.
Difahamkan, kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun tersebut ditahan di sebuah bilik hotel selepas selesai berhibur di pusat hiburan di bahagian bawah hotel tersebut.
Sumber berkata, ketika serbuan pada pukul 5 pagi tersebut mereka sedang berehat di dalam bilik. – HIBGLAM